Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tambahan 25,000 hingga 40,000 pekerjaan baru setiap tahun: Swee Say

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tambahan 25,000 hingga 40,000 pekerjaan baru setiap tahun: Swee Say

Feb 08, 2017 | 03:29 PM



SINGAPURA berhasrat mewujudkan kira-kira 25,000 hingga 40,000 pekerjaan setiap tahun sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say pada Rabu (8 Feb).



Berikutan penyusunan semula ekonomi dan tenaga kerja semakin tua, bilangan pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh dua tahun lalu berkurangan dengan ketara, katanya.



"Kita tidak akan kembali ke zaman 100,000 hingga 120,000 pekerjaan setahun," ujar Encik Lim kepada media di luar sebuah acara pameran kerjaya di Hotel Crowne Plaza di Lapangan Terbang Changi.



"Jumlah itu akan mantap pada asas baru."



Komen beliau datang sehari selepas Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengeluarkan laporan jawatan kosong bagi 2016.



Walaupun lebih banyak peluang pekerjaan pada tahun-tahun akan datang ditujukan pada karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), beliau berkata terdapat risiko lebih tinggi daripada ketidakpadanan antara pencari kerja dan peluang pekerjaan.



Pencari kerja mungkin tidak tahu di mana hendak mencari pekerjaan atau apa pekerjaan yang tersedia, katanya, atau mereka mungkin tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan bagi pekerjaan yang boleh didapatkan.



"Jika kita ingin berjaya dalam mengekalkan kadar pengangguran, kita perlu melakukan lebih banyak dalam dua perkara ini," kata Encik Lim.



Beliau berkata usaha oleh Tenaga Kerja Singapura dan Institut Pekerjaan dan Kebolehgajian membantu dengan jayanya memadankan kira-kira 20,000 orang dengan pekerjaan tahun lalu (2016).



Menteri Tenaga Manusia itu menggariskan tiga matlamat utama bagi MOM tahun ini.



Satu daripadanya ialah mengukuhkan program penukaran profesional - kini bertujuan bagi profesional peringkat kemasukan - untuk turut membantu memudahkan penukaran kerjaya bagi pekerja peringkat pertengahan.



Satu lagi ialah menjadi lebih inklusif dan mendekati bukan PMET sahaja, bahkan semua lapisan tenaga kerja, termasuk pekerja lebih tua dan orang kurang upaya.



Ketiga, kementerian juga sedang mengkaji bagaimana kumpulan PMET lebih tua yang semakin bertambah boleh dipadankan dengan lebih baik dengan pekerjaan dalam perusahaan kecil dan sederhana yang memerlukan kepakaran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >