Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Teknologi dan automasi dimanfaat kakitangan industri marin

Nov 17, 2019 | 05:30 AM



JIKA dahulu beliau terpaksa mengukur secara manual dan membuat kiraan untuk mengetahui jumlah kargo yang boleh ditampung kapal, kini Ketua Pegawai, Encik Muhamad Faiz Jakaria boleh bergantung pada teknologi untuk melakukan segala tugas itu.



Jika dulu tugas itu mengambil masa lebih setengah hari, kini ia boleh diselesaikan hanya dalam dua jam.



Itu hanyalah satu contoh perubahan yang dilihat dan dilalui sendiri Encik Faiz, 31 tahun, meskipun baru bekerja dengan syarikat Sinanju Marine Services sejak tiga tahun lalu.



"Dari segi kerja, lebih mudah sebab dulu kami perlu melakukan manual sounding untuk membuat kiraan jumlah kargo.



"Sekarang ada mass flow meter (meter aliran massa) yang membantu mengurangkan waktu bagi kerja kiraan tersebut," jelasnya.



Walaupun perlu menjalani latihan untuk mempelajari cara menggunakan meter tersebut, Encik Faiz berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar.



"Sebenarnya teknologi banyak membantu memudahkan tugas kami.



"Lagipun dari segi operasi, lebih cepat untuk kami bergerak ke tempat lain sebab kiraannya dapat dilakukan dengan lebih pantas, membantu kami memenuhi tuntutan (klien) dengan lebih efisien," tambah beliau.



Malah, bukan beliau sahaja yang 'terjejas' dengan transformasi teknologi industri marin.



Rakan setugas, Jurutera Kedua, Encik Abdull Hafiz Abdullah, 31 tahun, juga mendapati tugasnya kini lebih mudah disebabkan automasi.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Hafiz berkata jika dahulu beberapa injap perlu diputar untuk menghidupkan enjin kapal, kini ia dapat dilakukan hanya dengan menekan butang.



Beliau, yang sudah empat tahun bekerja dengan Sinanju, turut diberi latihan untuk mempelajari ciri-ciri sistem baru itu.



"Sejak saya mula (bekerja) sampai sekarang ada beberapa perubahan yang membuat (tugas) kami sebagai jurutera tak terlalu teruk, sebaliknya menjadikan tugas kami lebih mudah dan cekap," katanya.



Namun transformasi sebegitu semestinya dipacu pihak atasan yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan menggalakkan semua pekerja dalam syarikat bersedia mengharungi perubahan tersebut demi kebaikan semua.



"Saya rasa cabarannya sebagai SME (syarikat kecil dan sederhana) ialah untuk meyakinkan pihak pengurusan yang lebih tradisional untuk membuat pelaburan dalam teknologi.



"Saya rasa klien kami sebenarnya meletakkan nilai pada cara kami gunakan teknologi... itu secara tidak langsung meyakinkan pihak atasan untuk meletakkan wang bagi teknologi kerana ia menunjukkan klien bahawa kami lebih berpandangan ke hadapan berbanding pesaing kami," ujar Encik Desmond Chong, pengurus besar Sinanju.



Ditanya sama ada meyakinkan pekerja untuk melalui perubahan teknologi juga mencabar, Encik Chong berkata beliau tidak menghadapi masalah melakukan demikian.



"Lagipun dengan menghantar mereka mengikuti latihan dan memberi mereka pengalaman, itu sahaja sudah meningkatkan nilai peribadi mereka," jelas beliau.



Bersetuju, Encik Faiz berkata:



"Sebagai lulusan GCE 'N', saya percaya ini merupakan penaiktarafan yang baik untuk saya dari segi kemahiran dan memperluaskan pengetahuan. Ia juga membuka jalan untuk saya menjadi kapten kapal satu hari nanti."



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >