Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Tender bagi Bazar Raya Geylang Serai dapat sambutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tender bagi Bazar Raya Geylang Serai dapat sambutan

Jan 20, 2020 | 05:30 AM



TENDER bagi Bazar Raya Geylang Serai 2020 di bawah Wisma Geylang Serai (WGS) sudah ditutup Jumaat lalu dan mendapat sambutan baik daripada syarikat-syarikat dan pertubuhan, kata jurucakap WGS.



Pemenang bersama tender bagi bazar tahun lalu, Orange Travel, mengesahkan ia telah membuat bidaan bagi tender itu tahun ini.



Buat pertama kali, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) juga mengesahkan penyertaan mereka dalam tender tersebut.



Seperti tahun lalu, harga sewa bagi gerai di bazar itu masih dihadkan kepada $14,000 tahun ini setelah ia menerima banyak pujian daripada penyewa.



Persatuan Rakyat (PA) membuka tender itu lebih sebulan lalu dalam laman tender pemerintah, GeBiz sebelum ditutup Jumaat lalu.



"WGS menarik minat yang tinggi daripada syarikat/pertubuhan serta pertubuhan yang ingin mengendalikan bazar itu. Dalam taklimat tender, bilangan yang datang adalah seganda lebih tinggi dari jumlah tahun lalu. Ini mungkin disebabkan kejayaan bazar itu tahun lalu,'' ujar jurucakap WGS, ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Namun, jumlah bidaan yang diterima tidak dapat dinyatakan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange, Encik Syah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan penyertaan Orange dalam bidaan itu.



"Kami buat bidaan secara persendirian. Ini tahun ketiga kami buat bidaan. Kami mencabar diri kami dari apa yang telah kami kecapi tahun lalu apabila kami membawa bazar itu ke tahap baru,'' ujarnya.



Orange Travel dan Enniche Global Trading - konsortium yang terdiri daripada Enniche Events, Happy Fun Fair Events dan KB Live Fest - memenangi tender bagi mengendali bazar tersebut tahun lalu. Nilai keseluruhan tender yang dianugerahkan difahamkan sekitar $1.65 juta.



DPPMS juga mengesahkan ia telah membuat bidaan bagi tender itu.



"Sebagai sebuah badan niaga Melayu/Islam, DPPMS telah sekian lama melaburkan sumber bagi mengumpulkan data dan menilai keberkesanan untuk kami melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam bazar ini.



"Dengan kerja-kerja awal dilakukan telah membolehkan Dewan menyediakan usulan yang menyeluruh bagi mengendalikan Bazar Geylang Serai,'' kata Encik Ali Abbas, pengerusi jawatankuasa kecil bazar DPPMS dan anggota lembaga pengarah DPPMS dalam kenyataannya kepada BH.



Langkah DPPMS untuk membuat bidaan merupakan usaha strategik bagi menyumbang kepada pertumbuhan masyarakat peniaga Melayu/Islam di samping mewujudkan kesan ketara kepada masyarakat umum.



Bazar-bazar diselaraskan WGS terletak di padang belakang WGS; kawasan Tanjong Katong Complex (TKC) dan Haig Road; dan kawasan sekitar Joo Chiat Complex dan pasar Geylang Serai.



Tiga zon itu membolehkan WGS memberikan sehingga tiga pengendali bagi bazar-bazar itu, kata jurucakap WGS.



Jurucakap WGS berkata ia ingin melihat konsep menarik bagi membuat penilaian itu selain daripada menilai harga bidaan. Pemenang dijangka diumumkan dalam suku ini.



Bazar tahun lalu mendapat sambutan baik menyusuli beberapa perubahan yang dilakukan.



Antaranya, kos sewa gerai dihadkan kepada $14,000 dan lebih banyak barangan khusus Hari Raya dan makanan tradisional Melayu, dengan semua makanan yang dijual adalah halal.



"Kami masih meletakkan had sewa sehingga $14,000 bagi kos sewa gerai kerana para penyewa melahirkan rasa puas hati dengan kadar yang berpatutan yang tidak melambung tinggi sehingga lebih $20,000 seperti tahun-tahun sudah. Harga yang berpatutan itu juga membolehkan peniaga baru untuk turut serta,'' tambah jurucakap WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >