SEKITAR tiga tahun lalu, jumlah pekerja asing yang digajikan oleh Encik Muhammad Taufiq Yahya telah mencapai kuota maksimum.
Namun, didorong tekad agar tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing serta mahu menarik pekerja tempatan, peniaga itu mula menerapkan teknologi dan automasi dalam proses perniagaannya.