MUTU khidmat pelanggan dan komitmen tinggi yang dipamerkan tiga pekerja perkhidmatan Melayu telah mendapat pengiktirafan.
Encik Fenady Effendy Abdul Jaffar, Encik Muhammad Ridzwan Ramly dan Encik Mohammad Shahril Saine menerima Anugerah Pengalaman Singapura 2015 - anugerah paling berprestij dalam industri pelancongan setempat.