Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Thai, M'sia dan Indo saling manfaat mata wang tempatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Thai, M'sia dan Indo saling manfaat mata wang tempatan

Dec 23, 2016 | 05:27 PM



BANK Pusat Thailand, Indonesia dan Malaysia hari ini bersetuju untuk menggalak penggunaan matawang mereka bagi perdagangan dan pelaburan diantara ketiga-tiga negara, langkah terbaharu oleh negara-negara ekonomi sedang membangun dalam usaha mengurangkan pendedahan kepada pasaran global yang tidak menentu, lapor laman berita The Straits Times.



Bank of Thailand dan Bank Negara Malaysia masing-masing menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Bank Indonesia bagi satu "rangka kerja kerjasama" demi menggalak penyelesaian perdagangan dua hala dan pelaburan langsung menggunakan matawang masing-masing.



"Langkah ini akan memanfaatkan perniagaan dengan mengurangkan kos transaksi dan meningkatkan keberkesanan penyelesaian dagangan dan pelaburan," kata ketiga-tiga bank pusat itu dalam satu kenyataannya.



"Melihat pada keadaan pasaran kewangan global hari ini yang tidak menentu, langkah ini akan menawarkan lebih banyak pilihan perniagaan dalam memilih mata wang bagi penyelesaian perdagangan," tambahnya.



Ketiga-tiga bank berkata, persetujuan ini akan membuka ruang bagi penggunaan lebih luas mata wang tempatan dalam Masyarakat Ekonomi Asean dan menggalak pembangunan bagi pasaran wang dan pertukaran wang asing serta integrasi kewangan serantau.



Bank pusat Thai dan Malaysia tahun ini melaksanakan pengurusan serupa yang mereka tandatangani pada Ogos 2015.



Banyak ekonomi membangun menghadapi pasaran kewangan yang tidak menentu dan meningkatnya perdagangan yang terlindung serta pengaliran keluar modal di tengah-tengah meningkatnya kadar faedah Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >