SINGAPURA akan mengekalkan semakan dasar tukaran mata wang asing yang dilaksanakan dua kali setahun, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam.
Beliau menyangkal pandangan bahawa pengumuman 'mengejut' dasar kewangan yang dilaksanakan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Januari lalu merupakan satu perubahan asas mengenai cara pemerintah menguruskan ekonomi negara.