Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Tiger Airways rancang henti usaha sama di Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiger Airways rancang henti usaha sama di Indonesia

Mar 03, 2014 | 07:43 PM



SYARIKAT penerbangan tambang murah Singapura, Tiger Airways, dikatakan merancang untuk menutup usaha samanya di Indonesia kecuali jika terdapat isyarat keadaan pulih tahun ini, menurut satu sumber Reuters.


Tiger yang mempunyai 35.8 peratus perkongsian dalam PT Mandala Airlines, dikatakan telah kerugian $40 juta dalam usaha sama sejak April hingga Disember tahun lalu.


Firma ekuiti swasta Indonesia, Saratoga, yang memiliki 51 peratus perkongsian dalam usaha sama itu, dikatakan tidak lagi merancang untuk melabur lagi dalam usaha sama itu, kata sumber yang enggan dikenali itu.


Bulan lalu, usaha sama yang dinamakan Tigerair Mandala menggantung sembilan destinasi penerbangan atau sekitar 40 peratus daripada keupayaannya dalam pasaran.


"Lebih banyak ia terbang, lebih banyak ia kerugian wang kerana setiap penerbangan membolehkannya hanya untuk balik modal," ujar sumber itu.


Pesaingnya, Lion Air dan Garuda Indonesia pula menambah lebih banyak penerbangan di Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >