Timur Tengah diramal tarik lebih ramai pelancong Muslim dalam Ramadan
Jun 23, 2016 | 05:30 AM
SESETENGAH negara Timur Tengah seperti Qatar dan Oman diramal menarik lebih ramai pelancong Muslim pada Ramadan tahun ini hingga 2030 kerana faktor seperti cuaca lebih sejuk dan masa berpuasa lebih singkat, di samping khidmat yang mesra Muslim.
Demikian menurut laporan Pelancongan Ramadan yang pertama dijalankan oleh MasterCard dan CrescentRating bagi mengkaji trend melancong ketika Ramadan di 50 destinasi, termasuk 19 negara bukan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membantu pemerintah dan perniagaan membangunkan strategi bagi 15 tahun mendatang.