Tinjauan dapati peluang pekerjaan cerah dalam tiga sektor

LEBIH sepertiga atau 36 peratus daripada 450 majikan yang ditinjau menyatakan hasrat untuk meningkatkan jumlah kakitangan bagi 2017.

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh firma pengambilan pekerja, Michael Page, ke atas majikan merangkumi pelbagai perusahaan turut mendedahkan bahawa di antara firma-firma ini, enam daripada 10 bercadang menggambil pekerja yang lebih matang - di peringkat pengurusan tengah.

Meskipun sekitaran pekerjaan tahun depan dijangka serupa tahun ini, Pengarah Urusan Serantau bagi syarikat Michael Page di bahagian China, Asia Tenggara dan India, Encik Anthony Thompson, berkata, aktiviti pengambilan pekerja di Singapura menunjukkan sedikit pertambahan dalam tiga perusahaan utama - Digital, teknologi dan penjagaan kesihatan - yang dijangka menjadi perusahaan pantas membangun negara ini.

Ia disebabkan oleh usaha-usaha pemerintah dalam mendorong pelaburan dalam kesemua sektor ini.

"Disebabkan itu, majikan di ketiga-tiga sektor ini dijangka dapat meneruskan langkah pengambilan pekerja, meskipun pengambilannya lebih tertumpu kepada mengisi peranan khusus," ujarnya.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 59
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.