Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tinjauan: Firma setempat tetap berwaspada walau sentimen tetap positif

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan: Firma setempat tetap berwaspada walau sentimen tetap positif

Jan 20, 2014 | 06:58 PM

FIRMA-FIRMA setempat masih lagi berhati-hati dalam ramalan perniagaan mereka walaupun secara umumnya terdapat sentimen positif ekoran permintaan luar yang lebih kukuh.

Menurut kajian Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB), para peniaga memberikan ramalan perniagaan lebih sederhana pada suku pertama tahun ini, selepas menunjukkan sentimen sangat positif pada suku lalu.

Tahap keyakinan peniaga susut sebanyak 33.98 mata peratusan kepada 13.13 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding suku sebelumnya.

Secara keseluruhan, syarikat-syarikat setempat paling optimis dari segi jumlah penjualan dan kadar keuntungan mereka.

Ini meskipun tahap keyakinan mereka bagi kedua-dua aspek itu merosot sedikit berbanding dalam kajian pada suku yang lalu.

Ia mendapati tiga sektor paling optimis adalah industri jualan borong, pengangkutan dan perkhidmatan.

Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif SCCB, Cik Audrey Chia, berkata pertumbuhan baik yang dicatatkan oleh tiga sektor itu telah menyebabkan para peniaga memberikan jangkaan perniagaan lebih baik untuk suku pertama tahu ini.

"Fokus strategik bagi sebahagian besar firma setempat untuk tahun baru ini adalah untuk memastikan model perniagaan mereka kekal berdaya saing dan relevan bagi jangka masa panjang.

"Ini sekali gus adalah satu perubahan - daripada tumpuan meningkatkan pendapatan keseluruhan syarikat.

"Kini usaha meningkatkan keupayaan dan produktiviti di samping melaksanakan amalan tanggungjawab sosial dan usaha mengurangkan kos adalah penting bagi mengekalkan perniagaan dan kadar keuntungan mereka, " kata Cik Chia.

Kajian setiap suku tahun itu meninjau jangkaan seramai 200 pemilik perniagaan dan eksekutif kanan daripada sektor-sektor utama setempat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3