Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tinjauan : Majikan terus tumpu gaji pekerja setempat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan : Majikan terus tumpu gaji pekerja setempat

Jan 21, 2014 | 08:03 PM



PARA akauntan, peguam dan pegawai teknologi maklumat boleh menjangkakan kenaikan 20 peratus tahun ini, paling tinggi berbanding dengan pekerja lain, dedah Tinjauan Gaji Global oleh syarikat pengambilan pekerja antarabangsa, Robert Walters.


Dari segi trend pengambilan pekerja, tinjauan itu juga menunjukkan majikan akan menumpukan kepada usaha mengambil pekerja setempat.


Sejajar dengan strategi untuk mengekalkan kumpulan karyawan utamanya, firma-firma dalam semua industri dijangka meningkatkan peluang latihan dan pembangunan di samping merancangkan laluan kerjaya lebih jelas untuk pekerja, kata tinjauan tersebut.


Ia menambah Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) yang akan dilancarkan oleh pemerintah Singapura pada Ogos ini untuk menggalak pengambilan pekerja rakyat Singapura, dijangka merangsang kadar gaji lebih tinggi bagi jawatan tetap dan kontrak.


Sebanyak 70 peratus pekerja yang ditinjau berkata mereka akan mencari pekerjaan baru pada tahun ini.


Tiga sebab utama ditukil mereka adalah kerana laluan kerjaya yang tidak banyak berkembang, kenaikan gaji tidak memuaskan dan budaya korporat yang tidak bersesuaian. Ini adalah antara dapatan


Mengulas dapatan tersebut, Pengarah Urusan Robert Walters Singapore, Encik Toby Fowlston berpandangan:


"Dengan persaingan yang meningkat untuk merebut bakat terbaik setempat, syarikat-syarikat akur bahawa adalah penting untuk membangunkan pekerja yang ada dan memiliki kemahiran yang boleh digunakan di mana-mana sahaja.


"Ini akan membuka lebih banyak peluang dinaikkan pangkat dalam syarikat di samping memberi ganjaran kepada para pekerja yang mempunyai tanggungjawab lebih luas. " Golongan karyawan pada tahun ini menyifatkan kepuasan bekerja bukan setakat dalam bentuk ganjaran kewangan tetapi juga perkembangan kerjaya menjadi keutamaan mereka," ujar Encik Fowlston.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >