Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tinjauan OCBC: Tekanan kewangan ke atas warga, pr akibat pemutus litar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan OCBC: Tekanan kewangan ke atas warga, pr akibat pemutus litar

Jun 01, 2020 | 09:45 AM



TEKANAN kewangan sejak bermulanya "pemutus rantaian jangkitan" telah menyebabkan ramai di kalangan rakyat Singapura menangguhkan atau mengurangkan simpanan persaraan mereka, menurut tinjauan bank OCBC.



Tinjauan yang dilakukan pada Mei lalu mendapati, hampir separuh (47 peratus) orang dewasa yang bekerja di sini mengalami penurunan pendapatan kerana pemotongan gaji, cuti tanpa gaji atau pengurangan komisyen berikutan sekatan pergerakan yang diperkenalkan pada awal April.



Sebilangan yang sama (46 peratus) bimbang kehilangan pekerjaan walaupun mendapat sokongan pemerintah yang meluas.



Krisis Covid-19 juga memaksa ramai menghentikan atau mengurangkan simpanan mereka untuk persaraan.



OCBC membuat tinjauan ke atas 1,000 warga Singapura dan penduduk tetap berusia antara 21 hingga 65 tahun pada bulan lalu, kira-kira satu setengah bulan dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan. Umur dan tahap pendapatan responden mewakili keadaan penduduk negara ini.



Tinjauan Kesan Kewangan OCBC untuk Covid-19 mengetengahkan jurang dalam pengetahuan kewangan rakyat Singapura dan memberikan panduan dari pakar kewangan tentang bagaimana untuk terus maju.



Tinjauan mendapati, diantara mereka yang telah melabur, lebih dari separuh (54 peratus) bimbang dengan portfolio mereka, dengan 40 peratus mengatakan mereka berniat untuk mengurangkan pelaburan mereka. Kira-kira 16 peratus mengatakan mereka akan mengurangkan pelaburan mereka lebih daripada 20 peratus.



Daripada mereka yang mempunyai rancangan kewangan, 27 peratus menyatakan mereka telah berhenti mengenepikan atau mengurangkan wang mereka untuk bersara. 



Sepertiga (32 peratus) dari generasi yang tersepit - antara usia 40 dan 54 yang harus menjaga anak kecil dan orang tua yang sudah tua - mengatakan mereka telah mengurangkan dana persaraan.



Sebaliknya, 23 peratus daripada mereka yang berusia 20-an dengan rancangan persaraan lebih banyak menabung untuk bersara walaupun di tengah-tengah ketidaktentuan.



Lebih daripada separuh (55 peratus) responden mengatakan mereka telah mengurangkan simpanan mereka; 22 peratus mengatakan pengurangannya lebih daripada 20 peratus.



Hanya 30 peratus yang dapat mempertahankan diri selama lebih enam bulan sekiranya mereka kehilangan pekerjaan sekarang. Kurang dari seperlima (18 peratus) mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan sahaja.



Empat puluh satu peratus bimbang mereka mungkin tidak mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi, dengan 47 peratus daripada mereka yang berumur 40 hingga 54 tahun adalah yang paling prihatin. - The Business Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >