WARGA Singapura percaya pada rasa setia kepada pekerjaan dengan 59 peratus rakyat mahu kekal bekerja dengan majikan lebih lima tahun, menurut satu tinjauan oleh firma Hays.
Dalam satu kenyataan semalam, Hays berkata adalah menjadi tanggungjawab majikan menjaga kakitangan memandangkan kesetiaan, pembangunan kemahiran dan kerjaya harus merangkumi kededua pihak.