Tinjauan: Syarikat kecil pesimistik mengenai tahun depan
Kurangkan rancangan peluasan dek jangkaan lebih rendah di tengah-tengah perang dagang Amerika-China
Dec 25, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT kecil mengambil langkah mengurangkan rancangan peluasan mereka tahun depan, disebabkan jangkaan lebih rendah di tengahtengah perang dagang Amerika-China, menurut satu tinjauan.
Ia mendapati syarikat terus bersikap pesimis bagi enam bulan pertama tahun depan, dengan kesemua enam sektor - perniagaan dan perdagangan, binaan dan kejuruteraan, perkilangan, runcit serta makanan dan minuman (F&B), khidmat perniagaan, pengangkutan dan penyimpanan - menurunkan jangkaan mereka bagi perluasan perniagaan.