Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Toyota pula umum labur $14b di Amerika lepas diselar Trump

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Toyota pula umum labur $14b di Amerika lepas diselar Trump

Jan 10, 2017 | 09:50 AM



DETROIT: Toyota akan melabur AS$10 bilion ($14.35 bilion) di Amerika Syarikat sepanjang lima tahun akan datang, kata syarikat itu pada Isnin (9 Jan) di pameran kereta tahunan Detroit.



Pengumuman tersebut dibuat hanya beberapa hari selepas bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengkritik pengeluar kereta Jepun itu kerana pengumumannya sebelum ini akan menempatkan semula kilang pengeluaran kereta Toyota Corolla ke Mexico.



Toyota akan menumpukan majoriti pelaburan baru itu bagi peningkatan kilang pengeluarannya, kata jurucakap syarikat itu, Cik Amanda Sawyer Roark.



"Pelaburan ini juga termasuk ibu pejabat baru kami di Plano dan penyelidikan kenderaan autonomi dan robotik," katanya.



Syarikat itu enggan menyatakan apakah pelaburan tersebut akan membawa kepada penciptaan peluang pekerjaan baru, iaitu mantera Encik Trump, yang berkali-kali menyasarkan pembuat kereta dalam tweet beliau.



Toyota, pembuat kereta terbesar di dunia, mempunyai 40,000 pekerja di Amerika, dengan 5,000 daripada mereka digajikan sepanjang lima tahun lalu.



Khamis lalu, Trump tweet tentang rancangan Toyota di Mexico dengan berkata: "TIDAK MUNGKIN! Bina kilang di AS atau bayar cukai sempadan besar."



Seperti syarikat lain yang diancam beliau melalui Twitter, ancaman itu membimbangkan industri kereta Jepun, dan harga saham Toyota jatuh di Bursa Saham Tokyo.



Selain Toyota, Trump mengkritik - dan mengancam akan mengenakan layanan serupa - General Motors dan Ford kerana mahu menempatkan semula kemudahan pengeluaran ke Mexico untuk mengambil kesempatan daripada tenaga buruh rendah di bawah peraturan perdagangan bebas.



Ford minggu lepas membatalkan satu pelaburan bernilai AS$1.6 bilion di Mexico dan kemudian berkata ia akan menghidupkan semula dua kenderaan ikon Amerika, kenderaan pelbagai sukan Bronco dan pikap Ranger, dan membinanya di Michigan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >