PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menyekat usaha pembelian syarikat pengeluar cip berpangkalan Singapura, Broadcom, ke atas syarikat Amerika, Qualcomm, atas sebab keselamatan nasional.
Ini sekali gus mengakhiri apa yang disifatkan sebagai urus niaga industri teknologi yang terbesar - dengan usulan nilai pembelian AS$117 bilion ($154 bilion) - di tengah-tengah kebimbangan bahawa langkah pembelian itu didakwa akan memberi China kelebihan dalam bidang komunikasi bimbit, menurut laporan The Straits Times (ST) yang menukil Reuters, semalam.