Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Trump tolak, China rebut peluang capai perjanjian dagangan besar di Asia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Trump tolak, China rebut peluang capai perjanjian dagangan besar di Asia

Nov 23, 2016 | 10:53 AM



BEIJING: China berharap dapat mencapai "keputusan cepat" dalam rundingan bagi satu perjanjian perdagangan Asia yang besar, kata kementerian asingnya pada Selasa (22 Nov), selepas bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berikrar akan menggugurkan perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP).



Encik Trump berjanji dalam sebuah mesej video pendek akan memberi notis penarikan diri Amerika daripada TPP - perjanjian panjang dan sukar antara 12 negara yang tidak termasuk China - pada hari pertama beliau masuk ke Rumah Putih.



TPP wadah ekonomi presiden yang bakal berundur, Encik Barack Obama, bagi strategi mengimbangi semula Amerika kepada Asia, dan ketiadaan Washington dalam pakatan itu boleh menyebabkan ia tidak bertaring.



Penganalisis berkata tindakan Encik Trump boleh memberi Beijing, yang mendalangi sebuah perjanjian alternatif, Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), peluang melangkah ke depan dalam perjanjian perdagangannya sendiri dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amerika.



Rundingan RCEP telah maru, kata jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang, sambil menambah: "Sekarang, kita berharap rundingan itu boleh mencapai keputusan cepat."



RCEP menyatukan 10 anggota Asean dan China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia serta New Zealand, tetapi tidak termasuk Amerika.



China berharap perjanjian perdagangan akan "mengukuhkan satu sama lain dan bukannya melemahkan satu sama lain", kata Encik Geng.



RCEP menjadi tumpuan dalam sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Peru hujung minggu lalu.



Encik Tan Jian, seorang anggota kanan delegasi China ke sidang puncak tersebut, berkata lebih banyak negara kini berusaha menyertai RCEP, sebuah blok 16 anggota, termasuk Peru dan Chile. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >