Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tubuh firma urus wakaf serata dunia guna teknologi 'blockchain'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tubuh firma urus wakaf serata dunia guna teknologi 'blockchain'

Apr 15, 2018 | 05:30 AM



MELIHAT wakaf-wakaf di dunia, ada yang agak usang dan terbiar, namun mempunyai potesi untuk dibangunkan semula bagi ditingkatkan nilai wakaf itu.



Sebuah firma teknologi baru, Finterra, yang berpangkalan di Singapura telah dibentuk bagi memodenkan wakaf di dunia itu menggunakan teknologi 'blockchain'.



Finterra diasaskan sekumpulan usahawan termasuk mantan banker daripada Barclays Singapura dan mantan pegawai kanan Bank Negara Malaysia.



Pengerusi Finterra, Datuk Mazlan Ahmad, berkata teknologi 'blockchain' itu membolehkan aplikasi digunakan bagi menguruskan data bagi mengumpul senarai wakaf-wakaf di dunia.



"Singapura mempunyai contoh pengurusan wakaf yang baik dan teratur tetapi berbeza pula berlaku di negara-negara lain.



"Di luar negara, tanah yang diwakafkan 70 tahun lalu sebagai sebuah surau yang sudah lama terus tidak diberi nafas baru. Jika dibangunkan semula dan diluaskan penggunaannya, nilai aset itu akan dapat ditingkatkan dan pendapatannya diedarkan kepada penerima.



"Ada juga tanah wakaf yang dibiarkan setelah pewakaf (wakif) meninggal dunia dan tanah itu dijual kepada orang lain sehingga diubah kegunaannya,'' ujar Datuk Mazlan, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia, yang ditemuramah baru-baru ini.



Keinginan membaiki sistem pengurusan wakaf itu mendorong beliau dan beberapa rakan untuk membentuk firma Finterra.



Teknologi moden dalam 'blockchain' membolehkan sebuah ledger digital mengandungi urus niaga dikongsi dan diedarkan tanpa penggantungan terhadap badan penguasa pusat.



Maklumat yang disertakan itu juga tidak boleh diubah.



"Ketika ini, isu utama dihadapi wakaf-wakaf di dunia ialah pengurusan maklumat. Berapa banyak aset wakaf yang kita ada di dunia?



"Kami bercadang mengumpulkannya dalam satu sistem. Teliti wakaf itu dan dapatkan nasihat pakar yang boleh dipertingkatkan nilainya,'' terang Datuk Mazlan.



Untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bidang 'blockchain' dalam bidang pengurusan wakaf, satu forum telah diadakan pada 1 Mac lalu yang dihadiri 700 peserta dari dalam dan luar Malaysia termasuk dari Singapura.



Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Finterra di pejabat Singapura yang juga mantan Timbalan Presiden Kanan Barclays, Encik Abdus Rujubali, berkata 'blockchain' boleh digunakan bagi membaiki cara pengurusan wakaf.



"Teknologi kewangan (fintech) ini amat menarik lantas, mendorong saya meninggalkan sektor perbankan pelaburan yang telah saya ceburi sejak 25 tahun untuk menceburi bidang ini.



"Satu kebaikan Finterra ialah ia dibentuk oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti perbankan, pengawalan dan pemasaran,'' jelas beliau, seorang warga Britain yang telah bekerja di Singapura dalam bidang perbankan pelaburan.




"Singapura mempunyai contoh pengurusan wakaf yang baik dan teratur tetapi berbeza pula berlaku di negara-negara lain.

"Di luar negara, tanah yang diwakafkan 70 tahun lalu sebagai sebuah surau yang sudah lama terus tidak diberi nafas baru. Jika dibangunkan semula dan diluaskan penggunaannya, nilai aset itu akan dapat ditingkatkan dan pendapatannya diedarkan kepada penerima.

- Pengerusi Finterra, Datuk Mazlan Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >