PENJUALAN di butik yang suram sehingga mencecah prestasi paling corot sejak berniaga telah menyedarkan pemilik syarikat Sufyaa, Cik Azrina Tahar, tentang perlunya menyusun semula strategi perniagaan.
Lantaran itu, bagi mengelak kerugian lebih tinggi, Cik Azrina telah menutup butik fesyen wanitanya di Tanjong Katong Complex bagi tumpukan sepenuhnya kepada perniagaan digital.