DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) merancang melabur 600 bilion dirham ($234 bilion) dalam projek menjana hampir separuh keperluan tenaga negara itu daripada tenaga boleh diperbaharui.
"Sasaran kami adalah mengimbangi keperluan ekonomi dengan matlamat alam sekitar," menurut Perdana Menterinya, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum, menerusi Twitter, selepas melancarkan "Strategi Tenaga 2050".