MENGUBAH Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menjadi pusat bagi "peluang perniagaan" bagi anggota akan menjadi tugas utama Presiden baru Dewan itu, Encik Zahidi A.Rahman.
Beliau yang baru dilantik sebagai Presiden Dewan empat bulan lalu, berkata Dewan bukan saja akan membantu membuka peluang niaga di luar negara, terutama di Indonesia dan Malaysia.