Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Uniqlo bakal buka gedung globalnya di Orchard Road

Mar 29, 2016 | 12:40 PM



KEDAI pakaian Jepun Uniqlo akan membuka gedung global pertamanya di Singapura dan Asia Tenggara di Orchard Road.



Seluas 2,700 meter persegi, ia akan menguasai tiga tingkat bangunan Orchard Central dan akan menjadi pusatnya yang terbesar di Singapura dan rantau ini.



Ia dijangka dibuka dalam tempoh separuh akhir tahun ini.



"Singapura sebagai hab Asia Tenggara adalah lokasi yang paling sesuai bagi kami membuka gedung utama global Uniqlo di rantau ini," kata pengurus hubungan awam Uniqlo, Cik Cheok Weiling, kepada akhbar The Straits Times.



Menurut kenyataannya, gedung baru Uniqlo itu akan mewujudkan lebih 300 pekerjaan.



Uniqlo kini mempunyai 13 gedung global utama di serata dunia seperti di New York, London, Paris dan Shanghai.



Ketua pegawai eksekutif Uniqlo bagi Asia Tenggara, Encik Taku Morikawa, berkata:



"Sebagai anggota peruncit setempat sejak 2009, kami komited untuk menyumbang kepada masyarakat setempat dan menjadi bahagian penting dalam pertumbuhan dan masa depan Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >