EKONOMI SINGAPURA PALING BERDAYA SAING
Untuk terus berdaya saing, S'pura harus pastikan asas negara betul: Chun Sing
May 30, 2019 | 05:30 AM
KEDUDUKAN Singapura sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia amat menggalakkan tetapi negara ini harus terus mewujudkan peluang bagi warga dan perniagaannya, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.
Dalam penilaian yang dikeluarkan Buku Tahunan Daya Saing Dunia International Institute for Management Development (IMD) semalam, Singapura berjaya menduduki tempat pertama sebagai ekonomi berdaya saing di dunia, dari tempat ketiga.