Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

UOB: Sektor perbankan "amat mencabar" setahun dua ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

UOB: Sektor perbankan "amat mencabar" setahun dua ini

Apr 20, 2017 | 05:54 PM



SEKITARAN sektor perbankan akan menjadi "amat mencabar" dalam tempoh setahun-dua ini, demikian amaran yang disuarakan pengerusi emeritus United Overseas Bank (UOB), Encik Wee Cho Yaw.



Beliau menyatakan demikian hari ini (20 Apr) semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) UOB yang dihadiri sekitar 1,000 pemegang sahamnya.



Menurut Encik Wee, sektor itu tidak menunjukkan kelakonan yang baik tahun lalu, termasuk bank-bank di Amerika Syarikat dan di China.



Disebabkan itu, UOB harus kekal "konservatif", kata tokoh perbankan berusia 88 tahun ini yang menambah, pendekatan agresif boleh menjejas pendapatan bank.



UOB menyaksikan keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan lalu merosot dari $3.22 bilion pada 2015 kepada $3.11 bilion tahun lalu.



Penurunan itu sebahagiannya disebabkan oleh peruntukan utama yang perlu ditampung bagi pinjaman tidak berbayar (NPL) disebabkan kelembapan sektor minyak dan gas - isu yang turut dihadapi bank DBS dan OCBC.



Ketua Eksekutif UOB, Encik Wee Ee Cheong, memberi jaminan kepada pemegang saham yang kebimbangan bahawa pembentukan NPL yang baru mungkin telah memuncak tahun lalu, dan peruntukan seharusnya kembali merosot ke paras normal.



Beliau menambah, sektor minyak dan gas hanya membentuk 5 peratus daripada jumlah buku perakaunan pinjaman UOB.



Mutu pinjaman gadai janji menurut buku perakaunan juga kelihatan stabil, Encik Wee memberitahu para pemegang saham, kerana 75 peratus pinjaman melibatkan hartanah dihuni pemilik.



Ujian tekanan menunjukkan sekalipun harga aset menurun 30 peratus, bank masih boleh balik modal, kata ketua pegawai risiko UOB, Encik Chan Kok Seong.



Kesemua 10 resolusi telah diluluskan di AGM itu, termasuk memberi kebenaran bagi meningkatkan yuran pengarah, yang meningkatkan disebabkan peningkatan jumlah ahli pengarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >