Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

URA: Harga rumah privet terus merosot

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

URA: Harga rumah privet terus merosot

ATIYYAH MOHD SAID
Apr 01, 2014 | 06:49 PM



HARGA rumah privet di Singapura terus merosot dalam suku pertama tahun ini, selepas merosot pada suku sebelumnya.


Ia dijangka kekal menguncup tahun ini.


Malah, ia jatuh lebih banyak, 1.3 peratus, sepanjang Januari hingga bulan lalu, berbanding 0.9 peratus dari Oktober hingga Disember lalu.


Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, ia turun sebanyak 0.8 peratus, kata anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini.


Para pengamat berkata, harga hartanah privet mungkin kekal menguncup tahun ini kerana terdapat lebih banyak bekalan perumahan baru dan kadar faedah dijangka melonjak.


Perangkaan URA itu menunjukkan harga hartanah tidak berhalaman dalam ketiga-tiga segmen susut dalam suku pertama tahun ini, berbanding suku sebelumnya.


Anggaran awal URA itu dibuat berdasarkan harga urus niaga sepanjang 10 minggu pertama suku pertama, di samping data tinjauan tentang unit baru yang dijual pemaju dalam suku pertama tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >