Urus niaga digital antara bisnes di S'pura, New Zealand, Chile dijangka lebih mudah
Susuli Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (Depa) antara tiga negara
Jan 22, 2020 | 05:30 AM
PERNIAGAAN di Singapura boleh menjangkakan urus niaga lebih mudah dengan rakan di New Zealand dan Chile dalam pelbagai aspek perdagangan digital seperti sistem e-invois dan peraliran data rentas sempadan.
Ini merupakan antara manfaat yang boleh diraih daripada Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (Depa) antara Singapura, Chile dan New Zealand yang menyelesaikan rundingannya semalam.