Urus niaga flat jualan semula HDB susut 3% bulan lalu
Jan 10, 2020 | 05:30 AM
BILANGAN flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dijual bulan lalu susut sebanyak 3 peratus berbanding November, sedang harga turun sedikit dalam tempoh yang sama, menurut portal hartanah SRX Property semalam.
Secara keseluruhan, 1,858 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada Disember.