PERNIAGAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
Urus niaga peniaga Melayu/Islam rancak
Manfaatkan peluang sedang banyak kedai Cina ditutup
Feb 18, 2015 | 05:30 AM
PERMINTAAN untuk menjamu selera di kafe dan restoran milik Melayu/Islam dijangka meningkat sehingga 20 peratus semasa musim cuti Tahun Baru Cina.
Disebabkan banyak restoran Cina ditutup, restoran milik Melayu/Islam terus dibuka bagi memanfaatkan permintaan daripada pelanggan Melayu dan juga bangsa asing.