SOKONGAN BAGI PEKERJA BERUSIA 40-AN HINGGA 50-AN
Usaha sepadu perikatan tiga pihak bantu pekerja matang
Pakej Bantuan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture, matlamat jumlah penempatan pekerjaan tahunan bagi golongan 40-an dan 50-an tahun akan digandakan kepada 5,500 jelang 2025
Mar 04, 2020 | 05:30 AM
PARA pekerja pertengahan kerjaya berusia 40-an dan 50-an akan mendapat rangsangan melalui usaha bersepadu melibatkan pelbagai agensi dan perikatan tiga pihak.
Ini kerana pemerintah akur keselamatan merupakan keprihatinan utama golongan pekerja ini.