ACARA yang ditonjolkan ini memaparkan satu usaha dan daya kreativiti, bakat dan keanggunan yang diketengahkan jenama setempat iaitu Eddieeddie, Mod Kebaya, Note by Persian Boutique, Sempre, Tudungku Collection by Weddingku Gallery, Zen Aura Boutique, dan Neva Style Singapore dari Turkey.
Apa yang dipaparkan satu langkah yang menarik dan berani: menonjolkan Muslimah dalam pelbagai gaya, warna dan rekaan, sesuatu yang dapat diadunkan dengan keindahan sebahagian identiti Muslimah moden.