SUDAH tiba masanya Singapura menyemak kod tadbir urus korporat, saran Timbalan Pengarah Pengurus Pemantauan Kewangan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ong Chong Tee.
Beliau membuat saranan itu semasa berucap di majlis pembukaan acara tahunan Minggu Tadbir Urus Korporat Singapura di Mandarin Orchard, yang dianjurkan oleh Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura semalam.