Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Video analitik, robot permudah tugas penyelia keselamatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI MASA HADAPAN

Video analitik, robot permudah tugas penyelia keselamatan

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



APABILA Encik Mohd Rizal Abdul Rahim memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan lapan tahun lalu, tugasnya memerlukan beliau mengawasi kawasan kondominium atau bangunan komersial.



Tetapi, sejak meningkatkan kemahirannya, beliau mempelajari teknologi pengawasan maya seperti analitik video, robot dan dron yang melengkapi dan memudahkan tugas pengawasannya sebagai penyedia keselamatan.



Kesanggupan mendakap teknologi memberikan kehidupan lebih baik baginya apabila gaji beliau dinaikkan oleh majikannya, Soverus Consultancy & Services Pte Ltd, anak syarikat Secura Group Ltd.



Malah, beliau juga diberi tanggungjawab lebih besar menyelia empat kakitangan pengawal di bawahnya.



"Tugas sebagai pengawal keselamatan memerlukan kita bergilir-gilir 'turun padang' ke bangunan pelanggan seperti kondominium atau bangunan komersial atau melihat skrin CCTV di pusat kawalan. Kalau di pusat kawalan, kita harus tumpu perhatian kepada CCTV itu untuk melihat jika ada apa-apa yang ganjil berlaku sepanjang syif kita selama 12 jam.



"Tetapi, dengan video analitik, kami boleh melakukan tugas pentadbiran yang lain tetapi mata kami tidak perlu memantau skrin sepanjang masa. Ini kerana sistem itu membolehkan kami mendengar bunyi makluman jika sesuatu yang luar biasa berlaku dan mesej makluman akan juga timbul di komputer kami. Jadi, tugas kami lebih produktif kerana kami dapat lakukan lebih banyak tugas dalam satu masa,'' kongsi Encik Rizal, 36 tahun, yang sudah lapan tahun menceburi bidang keselamatan.



Majikannya telah membentuk Pusat Kawalan Bersepadu (ICC) Soverus di Bangunan Secura di Alexandra Terrace bagi mengubah proses pekerjaan di bawah Skim Pembangunan Syarikat Lean atau Lean Enterprise Development Scheme (Leds) bagi membangun dan melaksanakan projek rekaan semula pekerjaan. Syarikat yang ingin melaksanakan projek rekaan semula pekerjaan, boleh memanfaatkan WorkPro Geran Reka Semula Pekerjaan di bawah Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Dengan adanya ICC, beliau dan beberapa rakan sekerjanya dipilih menjalani latihan selama tiga bulan bagi memanfaatkan teknologi baru seperti video analitik dan belajar mengendalikan robot yang dapat mengawasi sekeliling bangunan besar pada jarak jauh.



"Kalau hujan lebat atau petir, pengawal tidak perlu keluar daripada bangunan kerana kami mempunyai robot yang dapat mengawasi sekeliling bangunan itu. Kami boleh memantau keadaan bangunan itu dalam keselesaan pusat kawalan tanpa terkena hujan,'' jelas Encik Rizal.



Pada mulanya, beliau berkata mempelajari teknologi baru ini agak susah kerana beliau perlu lincah dan pandai menggunakan komputer.



"Saya gembira diberi peluang mempertingkatkan diri oleh majikan. Kalau diberi peluang, kita ambil aje. Teknologi membantu dan memudahkan tugas saya malah meningkatkan produktiviti saya. Lebih menggembirakan saya, selepas menjalani latihan selama tiga bulan, majikan meningkatkan gaji saya sebanyak $300,'' kata bapa tiga anak itu yang mempunyai kelulusan GCE Peringkat 'N'.



Ketua pegawai operasi (COO) Secura Group Ltd, Encik Ong Kok Leong, memuji Encik Rizal sebagai salah seorang pekerja contohnya yang mempunyai "sikap positif dalam menerima perubahan dan menjalani latihan bagi meningkatkan diri".



"Sejajar dengan model gaji progresif (PWM), kami meningkatkan gaji pekerja yang mengikuti latihan sebanyak 10 peratus,'' kata Encik Ong.



Gaji seorang pengawal keselamatan boleh bermula dari $2,300, manakala gaji seorang pegawai penyelia boleh bermula dari $2,500.



Sejak membentuk ICC yang dilengkapi dengan teknologi maya, pelanggan mereka seperti kondominium dapat menjimatkan 87.5 peratus penjimatan kos tetapi masih dapat mengawasi selama 24 jam sehari.



Syarikat itu sebelum ini mendapatkan dua pengawal untuk menjaga kondominium pada sebelah siang dan seorang lagi pada sebelah malam.



Dengan pengawasan maya, mereka hanya perlu seorang pengawal pada siang hari kerana kami mempunyai teknologi pengawasan di ICC yang boleh membuat pengawasan sepanjang masa, tambah Encik Ong.



Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Maklumat WorkPro Geran Reka Semula Pekerjaan



Firma boleh menerima geran sehingga $480,000 bagi menyokong bidang ini:



- melaksanakan amalan pengurusan usia (sehingga $20,000)



- mereka semula tempat kerja dan proses bagi mewujudkan pekerjaan lebih mudah, selamat dan bijak bagi pekerja tua (sehingga $300,000); dan



- melaksanakan susunan kerja fleksibel bagi semua pekerja demi mempunyai tempat kerja mesra keluarga (sehingga $160,000).



Siapa yang layak?



- Semua firma setempat boleh memohon WorkPro jika mereka mendaftar di Singapura. Ini termasuk persatuan atau pertubuhan tidak mencari keuntungan.



- Firma yang sudah mendapatkan geran pengurusan usia atau geran imbangi kerja-kehidupan tidak lagi layak mendapatkan geran sama.



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri www.wsg.gov.sg dan www.mom.gov.sg/workpro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >