Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Wadah bagi SME lalui perubahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Wadah bagi SME lalui perubahan

Sep 25, 2018 | 05:30 AM



SEDANG perubahan teknologi pesat mengganggu cara perniagaan dijalankan, syarikat kecil dan sederhana (SME) perlu memikirkan langkah untuk menghadapi gangguan dan perubahan tersebut.



Namun perjalanan untuk melalui rombakan tersebut adakalanya payah dan ada juga SME tidak mengetahui bagaimana memulakannya.



Oleh itu, sebagai permulaan tersebut, Berita Harian (BH) akan menganjurkan seminar SME yang pertama bulan depan bagi meningkatkan kesedaran SME mengenai pentingnya pendigitalan.



Disokong Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC), seminar itu akan juga menyertakan dialog bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Dakap Teknologi - Seminar Ekonomi Baru dan Dialog Bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing akan diadakan pada Jumaat, 12 Oktober ini.



Mengulas mengapa seminar itu diadakan, Editor BH/Berita Minggu (BM), Encik Saat Abdul Rahman, berkata:



"Sebagai media yang ingin mendekati segenap lapisan masyarakat Melayu/Islam, kami berharap seminar yang julung-julung kali diadakan bagi SME ini menjadi satu usaha kami mendekati golongan peniaga dan usahawan.



"Dalam era ekonomi yang pantas berubah ekoran gangguan teknologi, ia amat penting bagi peniaga kita menyesuaikan diri, membangunkan keupayaan serta merebut peluang baru yang tersedia.



"Dengan sokongan FEC, kami berharap seminar ini dapat menjadi 'jambatan penghubung' bagi para peniaga mengenali lebih mendalam skim-skim yang disediakan pemerintah. Mereka juga berpeluang bertukar pandangan dan memberi maklum balas agar dapat lebih bersedia meraih manfaat ekonomi baru."



Buat julung-julung kali, BH menyediakan wadah bagi peniaga Melayu/Islam berdialog dan peluang mengajukan soalan kepada Encik Chan sejak beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan.



Dengar juga pengalaman pemilik restoran I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, yang melaksanakan beberapa huraian teknologi digital bagi memudahkan proses operasinya.



Hasil penggunaan teknologi, penjualan dan produktiviti kafe meningkat, membolehkan beliau meluaskan lagi perniagaannya.



Pengalaman Encik Jamuri mengesahkan dapatkan tinjauan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang menunjukkan firma yang pantas mendakapi teknologi mencatatkan hasil lebih tinggi dari mereka yang lambat melaksanakan teknologi, menurut Tinjauan Perniagaan Kebangsaan (SBF) 2017/2018.



"Mereka yang progresif melaksanakan teknologi baru dapat menikmati pertumbuhan lebih pesat di dalam dan luar negara serta keuntungan lebih tinggi dari mereka yang lambat melaksanakan perubahan teknologi," ujar SBF.



Dalam seminar itu, wakil Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) akan menerangkan program bagi membangunkan keupayaan digital SME seperti Program Go Digital SME.



Seminar itu akan diadakan di Centre of Innovation for Supply Chain Management (COI-SCM), sebuah pusat innovasi yang dibentuk hasil kerjasama Politeknik Republic dengan Enterprise Singapore (ESG) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Daftar segera bagi seminar percuma ini.




BUTIR SEMINAR SME



BILA: Jumaat, 12 Oktober



MASA: 2.30 hingga 6.30 petang



TEMPAT: Centre of Innovation for Supply Chain Management (COI-SCM), Politeknik Republic



- Bagaimana pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, manfaatkan teknologi bagi mudahkan operasi dan tingkatkan produktiviti?



- Dengar panduan daripada pegawai IMDA mengenai Program Go Digital SME



Daftar sekarang di https://goo.gl/forms/l2WXSAtlxr0Kc50c2 atau E-mel: bhevents@sph.com.sg untuk pertanyaan lanjut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >