EKONIAGA
Wadah 'crowdfunding' berlandas syariah dilancar
Feb 14, 2015 | 05:30 AM
SEBUAH firma tempatan, Ethis Pte Ltd, telah melancarkan satu wadah mengumpul modal awam (crowdfunding atau pembiayaan beramai-ramai) berlandaskan syariah - dipercayai yang pertama di rantau ini.
Model wadah itu telah diuji sejak sembilan bulan lalu, menurut seorang pengasas Ethis, Encik Umar Munshi.