Dengan bilangan penduduk tua Singapura dijangka terus meningkat, pemerintah telah memperkenal bermacam usaha untuk menggalak penuaan aktif, termasuk program peningkatan kemahiran. Ramai warga berusia 55 tahun ke atas sudah merebut peluang yang disediakan. Ikuti laporan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg).
WARGA emas kini lebih proaktif menyertai kursus peningkatan diri, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), baik bagi mendapat pekerjaan lebih baik mahupun peningkatan diri secara umum.