Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Warga S'pura kini utamakan jaminan pekerjaan daripada gaji: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Warga S'pura kini utamakan jaminan pekerjaan daripada gaji: Tinjauan

Jul 20, 2016 | 11:55 AM



BUAT kali pertama, warga Singapura memberi keutamaan pada jaminan pekerjaan lebih daripada gaji apabila memilih majikan, menurut dapatan satu tinjauan tahunan oleh firma CareerBuilder Singapore yang dikeluarkan pada Rabu (20 Julai).



Jaminan pekerjaan juga mengatasi semua pertimbangan lain - seperti perkembangan dan peluang kerjaya, budaya kerja dan persekitaran fizikal - dalam Tinjauan Majikan Pilihan 2016 firma perekrutan itu.



"Ini tidak menghairankan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi perlahan tahun ini," kata CareerBuilder Singapore.



Seramai 1,837 responden mengambil bahagian dalam tinjauan itu, yang dimulakan pada 2006.



Tinjauan 2016 juga mendapati lebih ramai rakyat Singapura sedang menimbang mencebur kerjaya dalam syarikat permulaan, terutamanya kerana peluang pembelajaran yang ditawarkan.



Laman beli-belah dalam talian Carousell majikan permulaan paling menjadi pilihan, diikuti oleh kedai runcit dalam talian Redmart dan portal kewangan dalam talian MoneySmart.



Google, Singapore Airlines dan Changi Airport Group mengekalkan kedudukan utama mereka sebagai majikan pilihan dalam sektor swasta bagi dua tahun berturut-turut.



Industri hospitaliti dan pelancongan juga menjadi tarikan dalam kalangan pencari kerja.



Lembaga Pelancongan Singapura mendahului sebagai majikan pilihan dalam sektor awam, manakala WTS Travel and Tours di tempat paling atas dalam kategori syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >