Akademi Latihan Perkilangan Lanjutan dilancar bagi latih tenaga kerja setempat, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

TRANSFORMASI PERINDUSTRIAN ASIA-PASIFIK 2020

Akademi Latihan Perkilangan Lanjutan dilancar bagi latih tenaga kerja setempat

Oct 21, 2020 | 05:30 AM

SEBUAH Akademi Latihan Perkilangan Lanjutan (Amta) telah dilancar bagi merancang cara-cara bagi memastikan tenaga kerja tempatan memperoleh kemahiran dan pengetahuan dalam industri baru.

Ia akan ditempatkan di hab perkilangan Daerah Inovasi Jurong (JID).

Pejabat program Amta akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah dan penyedia latihan untuk membentuk kursus baru bagi membantu pekerja sedang Singapura memantapkan kedudukannya sebagai hab perkilangan maju.

Ia akan juga berusaha meramalkan kemahiran dan pengetahuan apa yang diperlukan pekerja untuk memenuhi keperluan industri pada masa akan datang.

Pembentukan Amta telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, semalam di persidangan Transformasi Perindustrian Asia-Pasifik (ITAP) semalam.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ia adalah usaha terbaru negara untuk meneruskan rentak meningkatkan sektor perkilangan yang tumbuh sekitar 3.5 peratus dari tahun ke tahun pada enam bulan pertama 2020 meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19.

Sektor perkilangan menyumbang sekitar 20 peratus kepada ekonomi Singapura dan menggajikan sekitar 472,000 pekerja.

Amta akan disokong Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB) dan Enterprise Singapore (ESG).

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan SkillsFuture Singapura (SSG) turut menyumbang kepada akademi itu.

Ia akan ditadbir oleh sebuah majlis latihan yang terdiri daripada institusi pendidikan tinggi, agensi awam dan kesatuan, dan akan diketuai oleh bekas pengarah pengurusan dan pengarah Singapura Micron Semiconductor Asia, Encik Lee Kok Choy.

"Amta berharap dapat bekerjasama dengan rakan strategik untuk merancang dan menyampaikan latihan bagi memenuhi keperluan industri dan memperkuat daya saing sektor pembuatan Singapura berdasarkan latar belakang trend teknologi yang pantas berubah," kata Encik Lee, yang juga merupakan pengerusi Lembaga Gabenor Politeknik Temasek.

Lokasi Amta di JID adalah strategik, memandangkan daerah itu merancang menjadi hab pembuatan maju serenti untuk Singapura dengan menyatukan pengkaji, pelajar, pakar inovasi dan perniagaan bagi membangunkan produk dan khidmat masa depan.

Fasa pertama JID yang seluas 600 hektar dijangka selesai sekitar 2022, dengan daerah tersebut mencipta lebih 95,000 pekerjaan baru.

Agensi pemerintah Singapura JTC, yang membangunkan daerah itu, berkata semalam bahawa meskipun terdapat gangguan akibat Covid-19, JID telah menarik sekitar $420 juta pelaburan baru tahun ini.

Minggu lalu, firma perkilangan kereta Korea Selatan, Hyundai, mengadakan acara pembetonan pusat inovasi barunya di JID yang akan mula beroperasi menjelang 2022.

Pusat itu, yang dikatakan pertama seumpamanya, akan membolehkan Hyundai membangun teknologi automotif baru - termasuk penghasilan kenderaan elektrik.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map