Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: Dua peniaga tukar strategi

AMANI WEDDINGS: Syarikat khidmat kahwin teroka bisnes baru, buat produk burger beku

Oct 22, 2020 | 05:30 AM



SEDANG perniagaan katering untuk majlis perkahwinan merudum dek Covid-19, pengarah urusan syarikat Amani Weddings, Encik Mohamed Nor Ismail, sudah mula memikirkan semula strateginya dalam dunia perniagaan.



Encik Mohamed Nor, yang lebih dikenali sebagai Kino, kini meneroka peluang perniagaan baru menjual produk patti burger beku.



Beliau kini masih dalam tahap pembangunan produk tersebut.



Jika sebelum ini dapur pusat Amani Weddings di Woodlands biasa menyediakan hidangan Melayu untuk majlis perkahwinan, Encik Kino sejak kebelakangan ini giat eksperimen dengan resipi burger baru.



Malah, beliau menerapkan pula perisa makanan Melayu seperti sate, ayam lemak cili padi dalam produk baru burger fusion itu.



Beliau sudah mula menjual burger tersebut di bawah jenama McKino, secara dalam talian untuk mendapatkan maklum balas pelanggan dan menguji sambutannya.



Pada masa terdekat, beliau berharap dapat meneroka bidang pembuatan makanan dan menjual produk burger beku tersebut di pasar raya.



"Kalau anda lihat, tidak banyak produk beku seperti ini yang berperisa makanan Melayu di pasar raya.



"Jadi semua ini masih dalam proses pembangunan produk," kata Encik Kino.



Selain mencuba resipi burger, beliau mengambil masa yang ada ini untuk eksperimen dengan beberapa hidangan lain seperti ayam muda goreng, rempah kari kepala ikan yang siap dimakan dan sushi berperisa nasi lemak.



Encik Kino mengorak langkah mencuba-cuba pelbagai produk baru itu sedang perniagaan katering perkahwinan teruk terjejas kerana pandemik Covid-19.



Beliau menganggarkan perniagaan katering majlis perkahwinan beliau telah merosot sehingga 90 peratus.



Jika dahulu, tempahan minimum bagi perniagaan tersebut adalah 100 jemputan, kini jumlah itu merupakan jumlah maksimum, sedang sekatan perhimpunan disebabkan pandemik Covid-19 masih berkuat kuasa.



Kebanyakan pasangan yang menempah khidmatnya sebelum Covid-19 telah menangguh majlis mereka atau yang ada pun buat secara kecil-kecilan.



"Ini semua kerana Covid-19. Lihat perniagaan perkahwinan. Paling banyak pun 100 jemputan sahaja.



"Saya tidak boleh tunggu Covid berakhir. Apabila sesuatu berlaku, mesti ada peluangnya.



"Di sinilah saya buat perubahan kepada perniagaan. Tetapi bukan perubahan begitu besar, masih dalam industri makanan," kata Encik Kino, yang juga pengerusi Kelompok Perkahwinan dan Acara di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) .



Beliau juga menarik perhatian bahawa terdapat banyak geran yang disediakan pemerintah yang menyokong perniagaan untuk berkembang dan menjalani perubahan.



Antara lain, Geran Pembangunan Perniagaan (EDG) menyokong projek yang membantu untuk meningkatkan perniagaan, menjalani inovasi atau menyerantau.



"Banyak geran yang tersedia. Daripada menunggu perniagaan untuk datang, saya fikir lebih baik untuk kita memikirkan sesuatu yang berbeza," kata Encik Kino.




AMANI WEDDINGS MASA FIKIRKAN SESUATU YANG BERBEZA



Saya tidak boleh tunggu Covid berakhir. Apabila sesuatu berlaku, mesti ada peluangnya.

Di sinilah saya buat perubahan kepada perniagaan. Tetapi bukan perubahan begitu besar, masih dalam industri makanan...

Daripada menunggu perniagaan untuk datang, saya fikir lebih baik kita memikirkan sesuatu yang berbeza."

- Encik Mohamed Nor Ismail, pengarah urusan syarikat Amani Weddings. "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >