Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Ekonomi & Kerja3

Anak seni tak peluk tubuh di tengah-tengah pandemik...

Nov 17, 2020 | 05:30 AM

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Beginilah keadaannya melihat perjuangan kumpulan seni tari, muzik dan teater setempat dalam menangani tempias pandemik Covid-19 yang menjejas persembahan dan pendapatan mereka.

Kisah perjalanan mereka sepanjang pandemik ini turut dikongsi dalam sesi dialog Zoom anjuran Berita Harian bersama Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, baru-baru ini.

Dalam laporan susulan, kami menyingkap jerih payah serta hikmah sepanjang berbulan menyimpan kerinduan terhadap penonton di panggung fizikal.

Sungguhpun begitu, dalam tempoh menggagahkan semangat agar terus bertahan dan mekar dengan idea kreatif, sebilangan daripada mereka merebut peluang meraih Geran Persembahan Digital daripada Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Aktivis Teater Kami, Encik Saiful Amri Ahmad Elahi, menggunakan geran tersebut bagi projek membawa pementasan radio ke wadah digital di YouTube.

Menerusi inisiatif Panggung Digital 1.9, beliau membawa bersamanya aktivis veteran, Encik Nadiputra dan Encik M. Saffri A. Manaf, menyusuri alam seni digital.

Sedang penggerak Aras Theater, Encik Hidayat Nordin, mengusahakan siri membaharui dikir barat dalam norma baru serta dokumentari sejarah dikir barat di Singapura, Encik Badarudin Hassan dari Artistari Gentari pula mengusahakan siri taridra Odyssey dan filem tarian Looking Out The Window.

Pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Nurul Shaza Mohd Ishak pula memanfaatkan Skim Pembangunan Keupayaan Bagi Seni (CDSA) NAC untuk mengambil kursus pensijilan pengurusan kewangan, kepimpinan dan pemasaran. CDSA turut menjadi sandaran Sri Warisan bagi kakitangannya menambah ilmu dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pendigitalan.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian