Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Anda pekerja gig? Cukupkah simpanan bagi harungi tempoh sukar?

Kenali beberapa produk, khidmat yang ditawarkan institusi kewangan bagi golongan ini
May 16, 2021 | 05:30 AM



HANYA satu pertiga pekerja dalam ekonomi gig mempunyai simpanan kecemasan melebihi tiga bulan.



Dari segi insurans, hanya 10 peratus membeli insurans melalui institusi kewangan.



Dapatan tinjauan dijalankan bank DBS itu menunjukkan terdapat keperluan bagi institusi kewangan dan firma insurans memberi perhatian kepada golongan ini lebih- lebih lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang menjejas kedudukan kewangan mereka.



Justeru, beberapa institusi kewangan telah meluaskan produk dan khidmat mereka khusus bagi membantu golongan tersebut.



Kebanyakan pekerja yang bekerja sendiri dan pekerja gig menghadapi kesukaran mendapat balik pendapatan mereka seperti ke tahap sebelum pandemik.



"Covid-19 telah mengganggu kehidupan ekonomi gig dan ia amat penting bagi DBS menyediakan huraian bagi membantu golongan yang terjejas ini dalam melindungi kepentingan kewangan dan penjagaan kesihatan mereka dalam masa yang mencabar ini,'' kata Ketua Perbankan Pengguna DBS Singapore, Encik Jeremy Soo.



Huraian itu termasuk skim DBS Multiplier yang memudahkan mereka yang bekerja sendiri menikmati hasil lebih tinggi.



Bank itu juga menyediakan sebuah gerbang kesihatan, DBS My Health Portal, yang menyediakan perlindungan insurans dan faedah bagi pekerja gig dan pelanggan yang tidak mempunyai faedah pekerjaan tradisional atau perlindungan insurans korporat.



Mereka boleh mendapat kadar eksklusif dan manfaat penjagaan kesihatan. Mereka dan anggota keluarga mereka boleh mendapat perlindungan jika jatuh sakit, cedera, menjalani pemeriksaan kesihatan atau suntikan.



DBS dan Parkway Shenton juga melancarkan program keanggotaan apabila pekerja bertemu doktor umum apabila mereka membeli Pelan Kemalangan Peribadi Multigen Protect, produk yang diuruskan oleh Chubb Insurance Singapore.



Jurucakap Grab memberitahu Berita Minggu (BM) bahawa kebajikan pemandu dan rakan penghantaran mereka harus disokong secara holistik.



"Ini termasuk menyediakan mereka dengan produk kewangan yang relevan dan sesuai bagi memberikan mereka ketenangan fikiran selagi mereka aktif dalam wadah Grab, serta melindungi mereka semasa 'hari hujan','' kata jurucakap itu.



Antara produk kewangan disediakan mereka termasuk insurans kemalangan peribadi kumpulan yang melindungi pemandu dan rakan penghantaran jika berlaku kemalangan semasa bekerja.



Bagi penyakit kritikal, Grab menyediakan polisi penyakit kritikal:bayar berdasarkan perjalanan bagi memberikan pemandu dan rakan penghantaran perlindungan yang dimampui. Mereka boleh memilih membayar premium antara 10 sen dengan 50 sen bagi mendapat sejumlah pampasan tetap, dan mengumpulkan perlindungan insurans bagi setiap perjalanan mereka lakukan.



Firma insurans Great Eastern juga telah melancarkan pelan insurans yang menawarkan pendapatan apabila dirawat di hospital, perlindungan kemalangan peribadi dan penjagaan selepas keluar dari hospital dalam satu polisi. Pelan itu disediakan dengan premium bermula 73 sen sehari.



Seorang pemandu Grab, Encik Mohammad Faizal Abdul Latiff, 42 tahun, yang sudah lima tahun memandu Grab bersyukur kerana firma insurans menyediakan produk kewangan yang membantu pemandu sepertinya.



Sejak Singapura masuk ke Fasa Dua, beliau berkata pendapatannya susut sebanyak separuh dan hanya dapat membawa $100-$150 sehari selepas menolak segala keperluan.



Ia menyukarkan beliau menyimpan duit, lantas firma insurans yang menyediakan premium yang rendah amat membantu.



Beliau telah membeli insurans kemalangan peribadi di bawah firma insurans Chubb yang disediakan Grab dan membayar premium $30 sebulan.



"Kita berada di jalan raya setiap masa dan jika ada apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya terdapat perlindungan kepada saya dan keluarga,'' kata beliau yang mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 13 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >