Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TOKOH NIAGA

Bangun empayar niaga bufet halal, lokasi kahwin bernilai $40j

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



KALI pertama Encik Ali Abbas menjejakkan kaki ke Singapura dua dekad lalu juga merupakan kali pertama beliau menaiki pesawat untuk ke luar Pakistan.



Tidak pernah beliau impikan permohonannya untuk bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah restoran India di Singapura diterima.



Siapa sangka daripada bekerja makan gaji di perantauan dengan gaji $2,700, kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group itu memiliki tujuh buah rangkaian restoran bufet halal terbesar di Singapura serta ruang dewan dengan nilai perniagaan mencecah $40 juta.



Perniagaan itu termasuk restoran bufet The Landmark dan Royal Palm Meat & Dine di Village Hotel Bugis, Royal Palm Orchid Country Club dan Red Velvet Ballroom @ Village Hotel Bugis.



Ia juga merupakan antara penyedia lokasi majlis perkahwinan terbesar di Singapura, dengan menyediakan ruang bagi 700 hingga 800 majlis perkahwinan setahun atau menguasai sekitar 20-25 peratus perkongsian dalan pasaran majlis perkahwinan Islam di sini.



Secara keseluruhan, kumpulan itu mempunyai 175 kakitangan termasuk 30 cef dan majoriti kakitangannya merupakan rakyat Singapura.



Mengongsi titik permulaan beliau ke Singapura, anak muda berketurunan Punjabi Muslim yang berusia 28 tahun ketika itu berkata beliau ingin mencuba nasib mencari rezeki di negara orang berbekalkan pengalaman dalam bidang makanan dan minuman (F&B).



Hidup di perantauan mengajarnya untuk berdikari dan berhemat untuk mengumpulkan wang demi sesuap nasi.



Flat dua bilik di Farrer Park merupakan tempat teduhnya ketika itu.



Walaupun bekerja sebagai seorang pengurus, beliau tidak kekok melakukan kerja-kerja sebagai pelayan di restoran dan membasuh pinggan mangkuk yang ada.



Ketekunannya membawa hasil apabila beliau menaiki tangga kerjaya dengan pantas.



Bermula sebagai seorang pengurus, beliau menjadi pengurus restoran kanan sehingga dapat menjadi seorang pengurus besar (GM) di Restoran Riverwalk Tandoor, jawatan yang dipegangnya selama 10 tahun.



"Selama saya bekerja di restoran India, saya dapati restoran-restoran itu banyak menumpukan perhatian terhadap pelancong India. Saya tertanya mengapa restoran itu hanya menumpukan hanya kepada orang India sedangkan Singapura ialah sebuah negara berbilang negara. Tercetus di hati saya bahawa jika satu hari nanti saya membuka restoran sendiri, saya ingin menarik pelanggan berbilang bangsa dari Melayu, Cina dan India yang akan menjamu selera di restoran saya,'' kata Encik Ali, 50 tahun.



Pada 2011, beliau membuka restoran serta ruang majlis perkahwinan, Royal Palm di Singapore Flyer.



Beberapa tahun kemudian, beliau membuka Restoran The Landmark pada 2015 bagi menawarkan bufet dengan harga yang berpatutan.



"Pada ketika itu, bufet halal agak terhad. Di hotel, harga bufet amat tinggi sekitar $50-$60. Saya mahu perkenalkan bufet halal antarabangsa yang dimampui orang biasa. Saya hanya kenakan harga permulaan sebanyak $25 seorang ketika itu dan mereka dapat menjamu selera dengan hidangan yang banyak dari makanan laut, makanan Asia, Barat dan sebagainya,'' kata Encik Ali.



Dalam mencari lokasi, beliau sering mencari tempat yang luas yang boleh menampung ramai orang seperti Restoran The Landmark yang boleh menampung 450 orang pada satu-satu masa sebelum berlakunya Covid-19.



Kini, beliau gembira melihat pelanggannya yang pelbagai bangsa menjamu selera dengan selesa dalam satu meja di restoran-restorannya.



Sekitar 50-60 peratus pelanggannya merupakan pelanggan korporat, dan bakinya merupakan pelanggan biasa seperti keluarga yang datang menjamu selera.



Mengendalikan premis makanan dan minuman (F&B) bermakna beliau juga tidak terlepas dari menghadapi masalah tenaga kerja.



Untuk menghurai masalah itu, beliau banyak bekerjasama dengan pertubuhan Melayu/Islam seperti Yayasan Mendaki serta mendapatkan tenaga kerja sambilan termasuk warga emas dan pelajar.



"Pada hujung minggu misalnya, saya mempunyai pekerja warga emas yang bekerja sebagai pelayan. Saya membayar mereka $12-$15 sejam. Walaupun pergerakan mereka mungkin perlahan, ia mencukupi jika mereka mengelap pinggan mangkuk, sudu garfu atau membersihkan meja. Seperti pasukan bola sepak, ia adalah satu permainan pasukan dan tidak semua menjadi penyerang,'' jelas beliau.



Dengan pemulihan dari Covid-19, beliau juga pelajari untuk mempelbagaikan perniagaannya.



Beberapa bulan lalu, syarikat itu membentuk sebuah syarikat katering, Rasa Catering untuk bekerjasama dengan beberapa hotel dan kelab.



"Kami menyewa dewan mewah bagi mengadakan majlis perkahwinan premium di Hotel Park Royal Beach Road, Furama Riverfront dan Raffles Town Club,'' ujarnya.



Rancangannya juga ialah untuk mengembangkan perniagaannya melalui konsep francais Landmark di luar negara termasuk Malaysia, Indonesia, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan China.



"Kami sedang berunding dengan beberapa pihak sebelum Covid dan akan meneruskan perbincangan itu. Adalah impian saya membuka cawangan di Makkah dan Madinah. Kami juga menarik minat pihak dari China yang ingin menggunakan jenama kami bagi membuka restoran halal di sana,'' tambah Encik Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >