Topik diikuti
Pergi ke BHkuBantuan bagi SME bangunkan keupayaan tenaga manusia
Spring perkenal sistem pengurusan yang boleh dikongsi syarikat

Apr 23, 2015 | 5:30 AM
Bantuan bagi SME bangunkan keupayaan tenaga manusia
MULAI 1 Mei ini, syarikat kecil dan sederhana (SME) dapat mengurangkan kos dengan mengongsi sistem pengurusan tenaga manusia (HR) melalui satu inisiatif khidmat perkongsian yang diperkenalkan Spring Singapore.
Di samping itu, SME boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai HR dan latihan di lima Pusat SME di Singapura, termasuk Pusat SME di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Pusat SME@DPPMS) mulai Jun ini.