Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bayaran insurans $169,000 tidak dituntut pelanggan susuli penutupan spa

Jul 19, 2022 | 05:51 PM



SEKITAR 580 pengguna tidak dapat dihubungi atau tidak memberi respons kepada syarikat insurans yang dilantik CaseTrust untuk menuntut insurans perlindungan prabayaran sebanyak $169,000.



Jumlah ini adalah sebahagian daripada bayaran buat mereka yang terjejas dengan penutupan 28 spa dan perniagaan kesejahteraan yang diberi pentauliahan oleh CaseTrust antara Februari 2017 hingga bulan lalu, kata Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada Selasa (19 Julai).



Lebih $280,000 telah dibayar sejak 2017 di bawah skim ini kepada 512 pelanggan yang terjejas dengan setiap pelanggan menerima secara purata sekitar $540.



Case memperkenal perlindungan prabayaran dalam skim pentauliahan spa dan kesejahteraan CaseTrust pada 2011.



Pentauliahan perniagaan spa dan kesejahteraan di bawah skim ini diperlukan bagi melindungi prabayaran yang dibuat pengguna menerusi pembelian insurans perlindungan prabayaran.



Menyusuli prabayaran yang dibuat pada perniagaan bertauliah ini, pelanggan akan diberikan sijil insurans yang meliputi butiran peribadi dan jumlah yang diinsurankan.

Jika perniagaan ini gulung tikar, syarikat insurans yang dilantik akan menghubungi pelanggan yang terjejas bagi bayaran tersebut.



Sehingga 13 Julai tahun ini, lebih $15.8 juta dalam bentuk prabayaran oleh pengguna dijamin insuransnya menerusi skim ini dengan lebih $263 juta berupa prabayaran keseluruhannya dilindungi sejak pengenalan ciri perlindungan prabayaran ini.



Presiden Case, Encik Melvin Yong berkata banyak perniagaan dalam industri spa dan kesejahteraan telah menerima kesan Covid-19, dengan beberapa syarikat terpaksa ditutup manakala skim perlindungan prabayaran pula telah membantu pelanggan meraih jaminan bagi bahagian pakej yang tidak digunakan, yang boleh mencecah hingga puluhan ribu dolar.



Beliau menambah: "Sementara skim perlindungan prabayaran VaseTrust membantu melindungi jumlah prabayaran pengguna bagi industri spa dan kontraktor ubah elok, terdapat keperluan meninjau bagaimana kita dapat lebih melindungi prabayaran pengguna bagi perniagaan lain, khususnya dalam bidang di mana pengguna biasanya membuat bayaran lebih tinggi secara bersemuka.



"Saya telah memohon kepada pemerintah agar memperkukuh perundangan perlindungan prabayaran dan perlindungan prabayaran mandat dalam industri di mana pengguna melaporkan kehilangan jumlah prabayaran yang tinggi."



Case telah menggesa mereka yang mempunyai tuntutan bayaran yang masih belum dibereskan daripada cawangan spa dan perniagaan kesejahteraan yang meraih pentauliahan Case-Trust dan telah ditutup agar menghubungi AVA Insurance di claims_brokers@ava-ins.com atau 6535-1828.



Senarai perniagaan bertauliah sebegini yang ditutup antara Februari 2017 hingga bulan lalu boleh diperolehi menerusi laman https://www.casetrust.org.sg/



Tuntutan harus dibuat kepada AVA Insurance dalam tempoh enam tahun sesudah perniagaan ditutup. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >