Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bayaran khidmat pemandu Gojek naik mulai Feb

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



PARA pemandu khidmat kenderaan tempahan, Gojek, di Singapura akan menyaksikan kenaikan yuran perkhidmatan yang dibayar mereka meningkat sehingga 15 peratus mulai Februari akan datang, naik daripada 10 peratus yang dikenakan ketika ini.



Semakan tersebut sejajar dengan keadaan pasaran masa kini, kata Gojek semalam sambil menambah bahawa Singapura terus pulih dengan kukuh daripada pandemik Covid-19.



Yuran perkhidmatan itu atau komisen bermakna set jumlah peratusan yang dibayar kepada Gojek bagi setiap perjalanan yang selesai.



"Sedang Singapura terus pulih dengan kukuh daripada pandemik, dengan lebih ramai orang menggunakan khidmat tempahan kenderaan, maka adalah wajar untuk kami menyemak yuran perkhidmatan yang sejajar dengan keadaan pasaran masa kini," kata jurucakap Gojek.



Sebelum ini, yuran perkhidmatan Gojek adalah 20 peratus, sehingga ia dikurangkan kepada 10 peratus pada Jun tahun lalu semasa kemuncak pandemik Covid-19, sebagai langkah menambah pendapatan para pemandu.



Menurut Gojek, yuran perkhidmatannya tidak akan diubah kepada 20 peratus selepas perbincangan dengan para pemandu, mengambil kira harga minyak yang tinggi, serta kos operasi yang meningkat dalam pasaran.



Pada masa ini, yuran perkhidmatan pesaingnya, Grab, kekal pada 20 peratus, sedang syarikat Rydes pula mengenakan yuran perkhidmatan 10 peratus, berdasarkan maklumat daripada laman-laman syarikat tersebut.



Gojek juga akan meluaskan inisiatif "yuran pemandu" kepada sekurang-kurangnya Jun tahun depan, katanya.



Yuran itu adalah tambahan 50 sen atau 80 sen, bergantung kepada jarak perjalanan, dan disalur terus kepada pemandu sebagai membantu bayaran harga minyak yang tinggi, kata Gojek.



Sebelum ini ia dijadual berakhir pada 31 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >