Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BAKAT PENDUKUNG SEKITARAN

Bersemangat pelajari cara tukar sisa jadi bahan mesra alam

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengagihkan enam biasiswa kepada kumpulan pertama di bawah biasiswa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)-industri, bagi perusahaan perkhidmatan persekitaran (ES). Diperkenalkan Februari tahun lalu, ia bertujuan memilih golongan bakat muda yang cemerlang dan berhasrat mempunyai kerjaya dalam sektor kejuruteraan, persekitaran terbina dan sains di politeknik atau ITE setempat. Baru-baru ini BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa individu tersebut. Ikuti laporan ini.




INDUSTRI pembersihan biasanya dianggap sebagai satu industri yang kotor dan berbahaya.



Tambahan lagi dengan tanggapan negatif masyarakat, tidak ramai anak muda mahu berkecimpung dalam bidang ini.



Namun, lain pula bagi Abdul Qahar Zaini, 18 tahun. Sejak menjalani modul Kejuruteraan Hijau di Politeknik Singapura, hatinya tergerak berkecimpung dalam industri ini, khususnya dalam pengurusan bahan sisa.



"Saya berminat menyertai bidang ini kerana saya ingin mendalami cara sampah yang dikumpulkan boleh dijadikan sesuatu yang memberi faedah dan kebaikan kepada alam sekitar," katanya.



Pelajar tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Kimia ini juga mengaku bidang ini merupakan satu bidang yang berbahaya, namun berasa bersemangat dengan keinginan melakukan perubahan yang baik.



"Bayangkan jika kita boleh menjadikan sampah-sampah yang dikumpulkan tenaga elektrik yang dapat digunakan," tambahnya lagi.



Qahar salah seorang pelajar yang menerima Biasiswa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)-Industri kelmarin dan akan menyertai syarikat 800 Super Waste Management Pte Ltd untuk menjalani bon selama tiga tahun selepas pengajiannya.



"Jujur saya tidak menyangka dipilih mendapat biasiswa ini, tetapi saya bersyukur menerimanya kerana ia dapat mengurangkan beban kewangan dan, pada masa yang sama, saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang industri ini dan juga kemahiran yang diperlukan sekiranya saya mahu menceburkan diri dalam bidang yang sedang berkembang ini."



Walaupun tidak ramai anak muda mahu menerokai bidang ini, dengan sokongan keluarga, terutama kededua ibu bapa dan rakan-rakannya, beliau ingin melakukan yang terbaik.



Qahar juga mahu mengubah tanggapan negatif orang ramai terhadap bidang pembersihan ini.



Beliau menjelaskan bahawa industri ini bukan sahaja "mengutip sampah", tetapi ia merupakan satu industri yang penting, terutama dengan perkembangan teknologi yang sedang dibangunkan di dalam bidang ini supaya Singapura dapat menjadi sebuah negara sifar sisa.



"Apa yang orang ramai tidak sedar adalah pekerja-pekerja dalam industri inilah yang membuat Singapura sebuah negara yang bersih dengan persekitaran yang indah," jelasnya lagi.




"Saya berminat menyertai bidang ini kerana saya ingin mendalami cara sampah yang dikumpulkan boleh dijadikan sesuatu yang memberi faedah dan kebaikan kepada alam sekitar. Bayangkan jika kita boleh menjadikan sampah-sampah yang dikumpulkan tenaga elektrik yang dapat digunakan."
- Abdul Qahar Zaini, Pelajar tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Kimia Politeknik Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >