Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BioNTech bakal bangun loji mRNA di S'pura jelang hujung 2023, tawar lebih 100 pekerjaan

Nov 14, 2022 | 04:05 PM



SYARIKAT bioteknologi BionTech mengesahkan pada Isnin (14 November) bahawa kemudahan pengeluaran  mRNA-nya yang pertama di Singapura akan beroperasi lewat tahun depan. 



Kemudahan itu juga sekali gus merupakan ibu pejabat serantau syarikat Jerman itu.



Bertempat di Taman Bioperubatan Tuas, loji yang buat masa ini dimiliki syarikat farmasi Novartis akan diambil alih BioNTech.



Kos transaksi bersama Novartis bagaimanapun tidak didedahkan.



Pengambilalihan ini adalah sebahagian  strategi peluasan BioNTech memperkukuh jejaknya di Asia dan ia adalah kemudahan pertamanya di rantau ini. BioNTech  mempunyai pejabat di Singapura dan Shanghai.



BioNTech akan mengubahsuai kemudahan ini dengan keupayaannya menghasilkan  mRNA.

Ia dijangka mempunyai keupayaan menghasilkan hingga ratusan juta dos vaksin mRNA selepas tamat dibina, kata firma itu dalam kenyataannya pada Isnin (14 November).



Lebih 100 pekerjaan juga dijangka disediakan menjelang 2024 di Singapura dalam bidang operasi, kejuruteraan, mutu, kewangan, sumber insan dan pengurusan rangkaian bekalan.



Pengambilan pekerja bagi kedudukan ini sudah dimulakan.



Mengenai sebab mengapa Singapura dipilih untuk menampung kemudahan ini, Ketua Pegawai Operasi BioNTech, Dr Sierk Poetting, berkata:



“Usaha memiliki berbilang nod dalam rangkaian pengeluaran adalah langkah strategik ke arah membangun keupayaan global.



“Singapura memiliki ekosistem yang sangat mantap, bakat, prasarana dan secara geopolitik, ia sedang mengusahakan segalanya. Ia adalah hab edaran yang tepat dan beralih ke Singapura adalah langkah yang wajar buat kami.”



Pada 2020, BioNTech juga mengambil alih kemudahan pengeluaran daripada Novartis di kota Jerman, Marburg. Ini merupakan kemudahan kedua firma serupa itu di dunia.



Selain menghasilkan vaksin dan suntikan penggalak mRNA Covid-19 di loji itu, BioNTech merancang membangun dan mengeluarkan unsur terapeutik dan vaksin lain seperti vaksin barah pada skala klinikal dan komersial.



Firma ini juga merancang memperluas khidmat ubatan lain seperti terapi sel.



Dr Poetting berkata:

“mRNA adalah teknologi yang sangat serba boleh dan boleh digunakan untuk pelbagai vaksin dan unsur terapeutik.



“Memandangkan pengeluaran mRNA juga adalah bidang biologi sintetik, operasi dalam makmal juga boleh melalui pendigitalan.

“Ini bererti dalam satu tapak pengeluaran, anda akan temui banyak dan pelbagai jenis produk atau bahan terapeutik yang sedang dibangunkan pada masa yang sama.



“Bagi tapak kemudahan ini, kami merancang mengeluarkan vaksin mRNA dan rawatan barah berdasarkan projek mendatang yang semakin bertambah serta berpotensi menambah modaliti lain juga, seperti terapi sel.”



mRNA adalah bahan genetik yang dikesan sel untuk menghasilkan protein. Penggunaan teknologi mRNA sebagai vaksin adalah untuk mengirim kod genetik kepada sel khas dalam badan.



Ia mengarahkan sel ini untuk membangun protein yang menggerakkan respons imun untuk mengalahkan musuh seperti virus atau sel barah.



Pengambilalihan kemudahan ini disokong Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Naib Presiden Kanan dan Ketua Jagaan Kesihatan EDB, Cik Goh Wan Yee, berkata: 



"Pelaburan syarikat (BioNTech) menunjukkan keyakinan pada pangkalan bakat yang utuh dan keupayaan pengeluaran yang mendalam terhadap ekosistem biofarmaseutikal. Kehadiran BioNTech akan menambah keupayaan mRNA Singapura dan membolehkan kita memperkukuh kesediaan pandemik masa depan merentasi rantau ini."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >