Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BERALIH DARI KESELAMATAN FIZIKAL KE KESELAMATAN SIBER

Buat kajian untuk teroka IT, pendigitalan perbankan

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



Kira-kira 430 individu mencari pekerjaan pertengahan kerjaya telah ditempatkan dalam sekitar 170 syarikat di bawah Program Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited sejak ia dilancarkan pada Ogos, bagi menolong golongan itu mencari peluang bekerja sambil belajar serta peluang latihan untuk menimba pengalaman yang relevan dalam industri. Ini termasuk peluang dalam industri yang berkembang pesat seperti teknologi maklumat dan khidmat kewangan. BERITA MINGGU meninjau dua profil.




MINAT terhadap teknologi dan impian memiliki kerjaya dalam bidang itu telah lama dipendam Encik Muhammad Helmy Razali.



Ini sebabnya meskipun beliau sudah memiliki kerjaya mantap dalam bidang keselamatan fizikal selama 10 tahun, Encik Muhammad Helmy, masih tetap rasa ada 'kekosongan' dalam pekerjaannya.



Maka, didorong minat membara itu, beliau memutuskan untuk menyertai Program Penerapan Teknologi dalam Kewangan, kendalian Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Kini, Encik Muhammad Helmy, 33 tahun, bertugas sebagai pelatih penganalisis pusat operasi keselamatan di bank Jerman, Deutsche Bank.



Sebelum ini, bapa seorang anak itu bertugas sebagai Penolong Pengurus Kanan di Hospital Alexandra, yang skop pekerjaannya meliputi pengurusan aspek keselamatan.



"Bagi dekad pertama kerjaya, saya berkecimpung dalam keselamatan fizikal - menguruskan operasi sokongan penting bagi memastikan sekitaran selamat untuk pelanggan di lapangan terbang dan hospital.



"Dalam tugasan terakhir sebelum beralih ke keselamatan siber....terdapat banyak interaksi dengan kakitangan, pegawai keselamatan dan pelawat ke kampus (di Hospital Alexandra).



"Hari ini, sebaliknya, saya 'bercakap' dengan komputer, memantau dan menganalisis ancaman dalam talian bagi menolong Deutsche Bank memastikan sekitaran siber yang selamat untuk penggunaanya," jelas lulusan ijazah sains dalam sistem maklumat perniagaan dengan kepujian dari Universiti Portsmouth itu.



Membuat perubahan kerjaya di usia pertengahan bermakna beliau harus berdepan dengan banyak ketidaktentuan.



"Saya tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai industri perbankan, kewangan dan keselamatan siber.



"Untuk mengatasi ini, saya meluangkan banyak masa membaca dan menyelidik.



"Dengan membuat kajian, ia menolong saya menjadi lebih jelas tentang keadaan dan mendorong saya untuk menjalani peralihan dalam kerjaya teknologi saya ini," ujar beliau.



Dalam hal ini, Encik Muhammad Helmy akur untuk belajar secepat mungkin pengetahuan diperlukan dan kecekapan teknikal dalam masa singkat, memang mencabar.



"Mujur, pasukan Deutsche Bank amat menyokong dan sabar membimbing.



"Bila saya mula menyertainya, saya diberi peluang untuk melihat aksi keselamatan siber di barisan hadapan bagi menyaksikan sendiri bagaimana untuk menentukan sesuatu itu adalah risiko, sekaligus membolehkan saya membangunkan 'naluri siber'.



"Ini kemudian membuka laluan untuk saya memperolehi kemahiran yang diperlukan," terangnya.



Beliau juga melahirkan rasa optimis tentang industri itu kerana percaya adanya permintaan kukuh untuk karyawan berkemahiran dalam industri itu, lantas kekal kukuh dalam masa mendatang ekoran teknologi dan pendigitalan.



Semangat meningkatkan diri dan membuat peralihan ke bidang teknologi juga dikongsi oleh isterinya, Cik Nurhafiza Mohd Saim, yang sedang menjalani diploma khas dalam Sains Data bagi Perniagaan di Politeknik Temasek, di bawah Program Kemahiran SGUnited.



"Kami memberi sokongan kepada satu sama lain agar kekal bermotivasi dalam peralihan kerjaya kami, dan memastikan masa dan ruang diperuntukkan untuk belajar," ujarnya.



Nasihatnya kepada karyawan pertengahan kerjaya yang melalui pengalaman sama, Encik Muhammad Helmy menasihatkan mereka agar terus bermotivasi dan terbuka kepada pengetahuan.



"Perubahan adalah sukar tetapi kita harus kekal positif dan mendakap proses itu," tekannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >