Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO SGX dapat pakej gaji $7.57j bagi FY2024

Sep 18, 2024 | 3:12 PM
Pakej gaji CEO SGX, Encik Loh Boon Chye, bagi tahun kewangan 2024 termasuk $3.15 juta bagi insentif jangka panjang dan bonus tunai sebanyak $3.15 juta.
Pakej gaji CEO SGX, Encik Loh Boon Chye, bagi tahun kewangan 2024 termasuk $3.15 juta bagi insentif jangka panjang dan bonus tunai sebanyak $3.15 juta. - Foto REUTERS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Saham Singapura (SGX), Encik Loh Boon Chye, menikmati pakej gaji $7.57 juta bagi tahun kewangan (FY) 2024, hampir sama dengan pakej gajinya pada FY2023.

Pakej ganjaran tersebut melonjak 76 peratus daripada lima tahun lalu.

Ia lebih seganda tinggi daripada pakej ganjaran beliau bagi tahun kewangan 2016, iaitu tahun pertama beliau berkhidmat di syarikat itu dengan gaji $3.2 juta setahun.

Pakej gaji Encik Loh bagi tahun kewangan 2024 termasuk $3.15 juta bagi insentif jangka panjang seperti saham prestasi dan insentif lain yang seiring dengan hasil kewangan jangka panjang SGX, menurut laporan tahunan syarikat itu yang dikeluarkan pada 16 September.

Gaji tetap Encik Loh ialah $1.21 juta setahun.

Beliau juga menerima bonus tunai sebanyak $3.15 juta dan pelbagai faedah bernilai $57,256, lapor The Straits Times.

Pada tahun terakhir perkhidmatannya pada tahun kewangan 2015, CEO SGX ketika itu, Encik Magnus Bocker, menerima pakej gaji kasar $3.84 juta setahun.

Ganjaran terbaru Encik Loh diberi sedang SGX menikmati pendapatan yang bertambah 3.1 peratus kepada $1.23 bilion pada tahun kewangan 2024 berbanding tahun kewangan 2023, didorong perniagaan pendapatan tetap, mata wang dan derivatif komoditi.

Keuntungan bersih pengendali bursa itu meningkat 4.7 peratus kepada $597.9 juta dalam tempoh sama. Dengan prestasi baik itu, syarikat itu memberi dividen 34.5 sen sesaham, naik daripada 32 sen sesaham pada tahun kewangan 2023.

Bagaimanapun, prestasi perniagaan ekuiti SGX agak kurang memuaskan, dengan lebih banyak syarikat membuat Tawaran Awam Awal (IPO) di bursa lain, peningkatan dalam bilangan syarikat yang dikeluarkan daripada senarai SGX, dan jumlah dagangan harian SGX yang merosot.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg