Topic followed successfully
Go to BHkuDapat tawaran jadi Jurutera Sistem dengan bimbingan jurulatih kerjaya e2i NTUC
Premium
Dapat tawaran jadi Jurutera Sistem dengan bimbingan jurulatih kerjaya e2i NTUC
Walaupun sekarang adalah tempoh mencabar bagi mereka yang baru tamat pengajian dan ingin melangkah masuk ke alam pekerjaan memandangkan pasaran pekerjaan yang terjejas akibat Covid-19, peluang pekerjaan masih ada. Malah dengan bantuan pemerintah mahupun pelbagai agensi lain, mereka berjaya mengatasi masalah mencari pekerjaan, seperti yang dipaparkan dua individu ini.
Mar 11, 2021 | 5:30 AM
Dapat tawaran jadi Jurutera Sistem dengan bimbingan jurulatih kerjaya e2i NTUC
SUDAH DAPAT PEKERJAAN: Setelah tamat kontrak pekerjaannya sebelum ini, Encik Farhan, yang keberatan fotonya diambil, sukar mendapat pekerjaan. Namun berkat bantuan e2i NTUC, beliau kini berjaya mendapat kerja tetap sebagai Jurutera Sistem. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -
SETELAH tamat pengajian di universiti dan berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Fizik dan Fizik Gunaan dua tahun lalu, Encik Farhan Juraimi mendapati ia sukar untuk mendapat pekerjaan.
Graduan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu memohon bagi sehingga lebih 50 pekerjaan kosong, tetapi hanya mendapat tawaran sebagai pekerja kontrak di Jabatan Kemasukan Pelajar dalam sebuah universiti.

